Tuesday, July 31, 2018


DUA 6022  

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

E-FOLIO BAB 3 CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK : KONSEP KEJIRANAN DAN HAK HAK JIRAN


NAMA PENSYARAH :

   PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM

 NAMA AHLI KUMPULAN :

NURUL SYAHADAH BT ROSLI (02DAT16F1091)

TENGKU SYUHADA BT TENGKU BESARUDDIN SHAH (02DAT16F1093)

FATIN NURUL AIN BT SHARIN (02DAT16F1097)

NURUL 'AQILAH BT MOHAMED NOR (02DAT16D1109)

NURUL AFRINA BT MOHAMAD SYAFERI (02DAT16F1120)


PENGENALAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
          Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.




KONSEP JIRAN

 DEFINISI
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.




OBJEKTIF

  • Dapat membantu melahirkan anggota masyarakat harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara.
  • Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukkan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan di dalam diri masyarakat.
  • Dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakat, maka sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
  • Kejiranan amat penting di dalam perbentukan tamadun islam selepas pembentukkan sasiah individu dan keluarga.


PEMBAHAGIAN JIRAN


Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

 Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh  dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. 

 HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA 

 Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

 Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.

 Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.


Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu

 Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau

 Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

Image result for adab berjiran

Jiran dalam Islam

Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai  perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.

Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Sekiranya dia seorang yang kaya dan menghuni di perumahan mewah maka jirannya ialah mereka yang mewah dan sekiranya dia miskin dan menetap di kampung maka jirannya terdiri di kalangan mereka yang sepertinya dan ada juga yang bercampur aduk.

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.


Maksud dan Jenis Jiran Dalam Islam

Allah swt telah berfirman :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah swt.

Allah menyebut (( وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى)) : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan.

Allah menyebut juga ((وَالْجَارِ الْجُنُبِ )) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya.

Kesemua makna yang tersebut di atas menrangkumi makna jiran dan memiliki hak ke atas muslim yang beriman dengan Allah swt untuk berlaku baik kepada jiran baik yang beragama Islam atau bukan baik yang berhubungan darah atau yang tidak ada hubungan darah baik yang berdekatan rumah atau berjauhan.


1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan

2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak muslim dan hak kejiranan.

3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.

Image result for adab berjiran

Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra


Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :


1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

2) Jiran Muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :
وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .

(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”

(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).



4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

Allah swt berfirman :
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai)..”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :
وَالْجَارِ الْجُنُبِ
“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).


Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda




 HIKMAH DALAM BERJIRAN

1.      Kehidupan dipenuh kedamaian dan keharmonian bertambah erat
2.      Kehidupan bermasyarakat di berkati Allah
3.      .Kehidupan lebih berkualiti
4.      Terjamin dapat bersatu kearah kemajuan.
5.      Sentiasa rasa selesa dan mendapat pembelaan.
6.      Kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah. 
7.      Kerja yang berat menjadi ringan 
8.      Menghakis sifat individualistik dalam diri



IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

 1) Kehidupan tidak tenang.
2) Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3) Terpinggir daripada masyarakat.
4) Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
5) Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.


ADAB-ADAB BERJIRAN

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi

2.Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

7.  Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

8. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya. 

9. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan



KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranana. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  

Image result for adab berjiran




LAMPIRAN








https://www.youtube.com/watch?v=sIMkXEucTNI
http://klikbm.blogspot.com/2009/03/semangat-kejiranan.html
http://nomiesyaza.blogspot.com/2012/04/semangat-kejirana.html
https://www.youtube.com/watch?v=sIMkXEucTNI